Tak pandai bergaul?

Assalamualaikum w.b.t.


Akak aku selalu tegur aku. Kenapa kau ni dik, cubalah bergaul sikit dengan orang. Bukan kakak aku sorang yang tegur tapi semua ahli keluarga aku. Siapa kata aku tak kecik hati? Siapa kata aku tak rasa malu ditegur macam tu. Sebenarnya ada lagi teguran yang buat aku rasa nak nangis.

Kenapa orang tak faham aku? Aku memang nak bergaul tapi aku rasa macam kurang keyakinan. Kadang-kadang, bila aku pergi ke rumah sedara aku, aku mesti rasa janggal kat rumah tuh. Wajib ada rasa tuh. Then, bila diorang ajak aku gurau, aku just senyum je.

Kenapa aku macam tu? Kenapa? Aku pun nak jadi ramah jugak tapi, kenapa aku tak boleh? T___T

Masa aku form 1 dulu, aku ni kira pendiamlah jugak. Biasalah, budak yang baru nak suaikan diri kat sekolah menengah. Bila masuk form 2, okeylah. Rasa tak yakin pada diri sendiri kurang. Dan bila dah masuk form 3 macam sekarang, aku rasa biasa je. Bila berdiri depan kelas, aku rasa. Huh, takde apa-apa yang perlu ditakutkan. Wahh, sungguh takbur bunyinya ye -___- Tapi, jangan terlalu takbur, Farah.


Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum”( al-'Araf : 40)

Okey, aku ada admire sorang budak perempuan ni. Mula-mula aku kenal dia kat FB je. Tak pernah jumpa kat sekolah. Maka, suatu hari Allah pertemukan aku dengan dia. Tahu tak, PMR dia tahun lepas dapat berapa?? 8A tahuuu? T___T Sejak itu, aku terus jadikan dia sebagai idola aku untuk PMR :')

Sekarang ni dia dah pindah ke sekolah lain. Tiba-tiba aku rasa sedih. Kenal banyak pun tak, boleh rasa sedih? Dia sangat beruntung. Dia punya kawan-kawan yang sayangkan dia. Buktinya, ramai kawan-kawan dia cakap rindu sangat kat dia  kat FB. Aku macam dapat rasa je apa yang kawan-kawan dia rasa. Rasa kehilangan sahabat yang baik. Yang selalu disisi.

:')

3 comments:

Iyraa Cariyno said...

jom sama-sama kita memeriahkan segmen nie

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/22th-birthday-giveaway.html

Iyraa Cariyno said...

anda di tag

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

Farah Farhana said...

Terima kasih!!!