Kucing Lupakan Tuan.
Semasa cuti sekolah gini memang elok sangatlah kalau buat entry entah apa-apa banyak banyak. Nampak sangat haku ni takde aktiviti lain yang lebih berfaedah nak dibuat. Tunggulah masa sekolah tahun depan. Cikgu pasti akan menyuruh kami menulis karangan tentang Aktiviti Yang Saya Lakukan Semasa Cuti. Oh itupun kalau cikgu Mornie yang baik hati (ceywah) ajar. Tengoklah nanti betapa annoyingnya karangan haku.
Semasa cuti sekolah yang lepas, saya berblogging hari-hari dan selalu blogwalking sana sini. Di samping itu, saya boleh membaca entry-entry yang menarik dari blog orang. Saya juga boleh membaca cerita orang kerana saya sungguh kaypohcee.
Ceh. Ceh.
Sedih sungguh rasa hatiku tatkala terkenangkan si Ming yang sudah melupakan asal usulnya. Oh tuannya.
Teringat kembali pertemuan pertama aku dengan Ming. Ming sangat manja kerana selalu menggesel-geselkan badannya di kakiku. Memang tak boleh tengok muka aku. Asal tengok je. MIAUUUUUU. Nak mintak makanan le tu. Memula ingat Ming ni kucing orang so taknaklah bela dia. Karang tuan dia datang bawak bala tentera serang aku kat umah T,T
Ming hadir dalam hidupku (wah) pada bulan ramadhan. Wah bulan mulia :) Ming selalu datang umah kalau dia lapar (I guess). Then selalu masuk rumah kalau mak aku takde. Okey, kucing ini memang agak memahami.
Ming pernah tido kat sebelah aku. Acctually masa tuh aku tak tau pon dia tido kat sebelah aku. Biasalah tido mati sampai tak ingat dunia kannn. Masa tu aku tengah tido kat ruang tamu not dalam bilik okeh. Ni mak aku yang bagitau. Entah macam mana mak aku halau kucing tu. Maybe macam makcik-makcik kejar tikus guna penyapu.
Aku ingat lagi. Habis je berbuka puasa bersama keluarga, Ming pasti akan menunggu di hadapan pintu. Tak lain tak bukan nak mintak makanan -.-
Kadang-kadang masa nak g sekolah pun dia akan teman aku. Wah kucing ini sangat baik. Ming selalu melompat untuk mencapai keychain teddy bear pink kat beg sekolah aku. Ya. Ming juga suka melompat. Selalunya atas riba aku. Suka buat orang terkejut sampai keluar ayat OH MAK KO. Akulah tu --"
Sekarang Ming dah takde. I mean. Dia dah tak selalu datang umah. Dia dah ada tuan baru. Okay, fine. Biarlah.
Tadi ingat nak letak gambar Ming tapi disebabkan terlalu kecil hati dengan Ming aku batalkan saja niat aku.
No comments:
Post a Comment