Assalamualaikum, HAIHAIHAI, awak/kau/kamu/you yang sedang membaca entry 1 Disember ni. Wah, wah. Sekarang sudah masuk bulan Disember dah ye. Lagi beberapa hari lagi saya/aku/I akan genap 14 tahun. Ceh. Kesian sebab tak merasa dibaling tepung penaik/tepung gandum oleh kawan kawan nakal comel.
Okey, tanpa membuang masa mari mari. Saya/aku/I nak bagi beberapa ucapan terima kasih ni. Entah kepada awak/kau/kamu/you atau mereka/them atau dia/him/her/beliau/ Aisshh! Penatlah buat camnie. k, kita teruskanlah.
- Terima kasih Ya Allah.. keranaMu aku masih berada dimuka bumi ini. Menjalani kehidupan yang penuh rintangan dan dugaan. Juga masih mampu menaip entry ini. :)
- Terima kasih kepada ibubapa aku kerana telah mendidik aku selama ini. Memberi aku makan dan minum. Marah aku jika aku nakal hendak beli mainan yang merepek di kedai. Marah aku jika aku sepahkan barang barang seperti teddy bear kecil (keychain yang dah rosak).
- Terima kasih kepada kawan kawan. Oh, apa kata kalau aku senaraikan sorang sorang.
- Terima kasih kepada Dayang kerana pernah menjadi bestfriendku dan pernah membuatku menangis kerana membaca satu mesej sedih giloo darimu.
- Terima kasih kepada Alifah a.k.a. Epah kerana masih setia menjadi bestfriendku kini dan sudi mendengar cerita mengarutku dan perangai aku yang gila tahap apa ntah. Terima kasih kerana sudi gelak jika aku membuat lawak yang takde la lawak mana pun. Terima kasih kerana memaafkan aku macam haritu. Padahal dua-dua pun salah tapi takpelah.
- Terima kasih kepada Ain kerana sudi menulis entry di blog kau dan menjadi rakan bloggerku dalam kelas.
Terima kasih juga kerana selalu komen entry-entry mengarutku.
- Terima kasih kepada Aimi kerana sudi membantuku ketika otakku sedang biul hendak menjawab soalan math di dalam kelas cikgu Kuan.
- Terima kasih kepada Nadia kerana rajin like status aku kat FB. Kau memang macam muka Siti Saleha. Kenapalah kau tak percaya cakap kawan kau yang jujur nih??
- Terima kasih kepada Azah kerana sudi menjadi kawanku. OH kita memang kadang-kadang satu kepala. Kita kadang-kadang macam budak-budak. Kita neh agak special sikit sebab Azah lahir 17 Januari dan aku lahir 17 Disember. Azah anak sulong dan aku anak bongsu. HEHEHH
- Terima kasih kepada Nurul kerana selalu share draf-draf yang menarik kepada aku.
- Terima kasih kepada Hesham kerana selalu buat lawak hingga terkoyak mulut kami ni nak gelak.
- Terima kasih kepada Syarul (Tong Gas) kerana selalu gaduh ngan aku. Gaduh siapa paling tua padahal dah terang-terang aku lebih tua dari kau sebab aku 17 Disember dan kau 30 Disember. Ceh pastu suruh aku panggil dia abang. EERKK. Motif pergaduhan? Oh, kalau dia mesej aku mesti akan keluar sikap kurang ajar dia tuh. Then aku akan cakap Woi jangan kurang ajar sangat. Aku tua daripada kau. So, hormatlah sikit! Then si budak yang tidak dapat menerima kenyataan ni akan jawab Hey hey hey aku lebih tua tau! Kalau kau ajak gaduh camnie, rasa bosan akan hilang sikit. SIKIT.
- Terima kasih kepada Cikgu Kuan kerana telah mengajar aku math walaupun kadang-kadang tak masuk dalam kepala otak. Dahla selalu lupa alat geometri. Tapi nasib baik waktu ujian tak pernah lupa. Lepastu protractor belum dikembalikan. But, never mind. Aku ada satu lagi. T.T
- Terima kasih kepada cikgu Roslan kerana mengajar kami Geografi. Walaupun aku slalu main dalam kelas dia tetap dapat lulus Geo dan first time dapat B weh! (CIS. BANGGA DIRI. KECOH GILER BARU DAPAT B SKALI DAH KECOH. WEKK) Sebab yang paling best pasal Cikgu ni, dia suka buat lawak.
- Terima kasih kepada cikgu Mahdi kerana memuji lukisan aku cantik. Padahal tu lukisan kanak-kanak.
- Terima kasih kepada cikgu Mornie kerana memuji karangan cerita aku best giler. Yang ni aku betul betul bangga HEHE
- Terima kasih kepada cikgu Haraman kerana mengajar aku science sungguh sungguh hingga aku jadi minat science dan berjaya memperolehi C. C JEWW (TAK HABIS HABIS)
- Terima kasih kepada ustazah Wan kerana memilih aku untuk menyertai Kem Mukhaiyyam yang best giler sebab dapat rasa pengalaman tinggal kat asmara asrama tapi tido kat khemah kecik. Dahla kaki panjang memang tak syok giler tido.
- Terima kasih kepada Youtube kerana disitu aku boleh cari tutorial shawl atau tudung bawal tapi bila cuba buat tak dapat dapat. KECEWA
- Terima kasih kepada facebook kerana disitu aku kenal dengan Teemo dan bila aku kenal Teemo aku dapat belajar apa erti cinta dan bahagia.
- Terima kasih kepada Teemo kerana membuat hidupku ceria dan happy. Terima kasih sebab sudi nak ajar aku math, game LoL dan banyak lagi ah. Terima kasih sebab panggil Annie walaupon aku tak tau giler nak main Annie. K, terima kasih FOR EVERYTHING! ^____________^
No comments:
Post a Comment