WIRA..! Kau buat aku rasa...!! *PART WAN*


HAIH! Harini geram + sedih + gembira + jealous + mengantuk + penat ++++ ah! Tambah sendirilah!!! *sorry, sorry*

HUUH. Sepatutnya, entry ini di tulis semalam tapi apakan daya.. balik sekolah terus makan terus tido. Penat tak terkira. Hmm. Mana taknya? Dari pagi sampai tengahari, asyik berjalan ke hulu ke hilir. Ke utara, ke selatan, ke Sabah eh, eh.. jauh sangat tu. heheh

Japry...! Semalam dan harini ada apa eh? Wira tu apa eh? Aku tengah bercakap pasal apa ni eh? Eh eh eh eh?? Eh.. hentikan eh eh tu ya

Semalam.. oh, berapa haribulan ya? 5 JULAI 2012! Ok, kawan-kawan.. kita cerita pasal semalam dulu yaa?? Kita cerita satu satulah.. manalah tangan saya ni tahan nak menaip dua tiga cerita sekaligus, kan...??

Ok.. semalam, sekolah aku mengadakan sukan tahunan bagi tahun 2012. Sebenarnya, sukan ni mula hari Selasa tapi memandangkan aku ni tak hadir hari Selasa dengan Rabu, aku tak taulah nak cerita apa hari tu, kan. So, aku cerita apa aja yang aku tau je lah? Bole kan? Bole bhaa!

Semalam, 5 Julai 2012. Pukul 9.32. Cuaca panas! Kaki pun rasa macam nak terbakor dah. Muka? Tak usah ceritalah kan. Hitam mungkin. And so? Ada aku kisah ke?? Hitam sikit tak payahlah nak risau sangat kan, puan-puan? Tu... fair&lovely melambak kat kedai.. hah.. pergilah beli sekarang..!

Haritu aku memang tak berminat nak tengok orang berlari. Aku tak peduli la siapa menang, siapa kalah. Wira ke, Persona ke. Eh, watevahh!! Aku tau kawan aku tu rimas ngan aku sebab asyik kena tarik je. Haha. Kalau aku tak tarik dia takkan ikut aku pergi "shopping" dan percayalah, shopping sorang-sorang sangatlah boring. Ok, lepas tu aku tak paksa lagi. Fine. Aku pergi sorang-sorang.. takpa takpa.. aku memahami =')

*Shopping : beli barang kat kedai kakak2 dan abang2 PPU dan Form 5. Form lain ada jugak, mungkin?*

Lepas penat 'cuci' mata, beli barang akhirnya, aku tabahkan juga kakiku yang sakit sebelah ni pergi padang balik. Kesian my besfren takde orang yang teman. Sebenarnya ada lah.. 

EH! Aku nak cerita sikit pasal sorang budak form 1. Lelaki. Budak tu, taklah besar sangat. Kecik je. Pendek je. Nama dia Faez. Budak rumah Satria. Purple. Siapa sangka badan kecik macam tu boleh lari laajuuuuu... aku tak taulah dia dapat nombor apa. Hui.. kenapalah kau tak masuk rumah Wira?? :-/ 

Dan... ops! Nak cerita satu cerita yang ANOYYING sangat ni!! Ni masa aku nak pergi minum air kat meja rumah wira. Ada sorang budak laki. Form 6 lah kot. Ar... em.. korang tau kan macam mana rupa orang sakit kaki jalan? So, korang bayangkan okeyy.. 

# : Eh, kenapa jalan macam tu?

# : Penat ! *sambil buat muka masam*

# : Penat??

Lepas tu aku dah tak layan dia. Aku g duduk kat lantai koperasi tu. Penatlah konon. Saja tipu 'budak' tu. (dah tua bangka pun aku panggil budak! Oh, nak kena panggil 'orang tua' eh.. HEWHEW) aku ingat 'orang tua' tu dah caw tapi, masih jugak nak kacau hidup aku ni...!! Belum sempat dia duduk kat sebelah aku, aku terus ... terus apa? BLAH laa.. >.<!!! kenjer.. ha, tau tak apa benda tu? Lu p****lah sendiri, ya?? :)

Seram.. ni , kalau kawan aku tau memang merah semerah tomato muka aku. Kena pinjam gambar Neelofa untuk tutup muka aku.. hehe

Ok.. kita sambung Part Tu nanti yaaa =))

Ain, saya amat mengalu-alukan komen anda :)

#SORRY.. AKU TAU AYAT AKU NI BANYAK KASAR. SORRY BANYAK BANYAK, OKEY:)#

2 comments:

Unknown said...

hahaha !! best juak entry koe ow ,, aku tyme skn bknnya gago an umah skn p ,, ku gago mlh spot check kat jamban ,, btw ,, entry ke goOd gilak2 ,, ,,

megumiChan❤ said...

Hahaha. Makseh er! ^___^