Fikirkan tajuk yang sesuai.
Semua kawan-kawan asyik cerita pasal boypren, girlpren. Sehingga saya rasa telinga saya dah macam telinga gajah sebab asyik menadah telinga saja bila diorang cerita pasal boypren, girlpren. Kepala pun naik pening sampai dunia saya rasa berpusing. Dunia saya yang dulunya aman dan tenteram menjadi huru hara gara-gara 'isu hangat' ini. Mahu gila saya dibuatnya. Adakah saya mempunyai seekor seorang boypren? Oh, tidak! Saya masih single sekarang dan saya harap sampai saya habis belajar nanti. Dan awak semua janganlah salah faham! Saya bukan nak mempromote diri tetapi, saja nak cakap. Suka hatilah nak cakap apa. I DON'T CARE!
Semua orang nak ada kawan. Termasuklah saya. Kawan yang saya maksudkan disini ialah, kawan yang benar-benar kawan. Bukan kawan yang 'kawan' di hadapan, 'orang lain' di belakang. Saya harap anda semua faham maksud saya. Kalau tak faham pun, cubalah faham-fahamkan -,-
Sekarang saya menghidap satu penyakit. Oh, belum pasti penyakit apa. Bulan 9 nanti baru pergi jumpa doktor. Saya bersyukur sebab ada beberapa cikgu yang tahu tentang penyakit saya ini. So, tak jadi masalah kalau saya tak datang sekolah tanpa memberitahu. EH? Bukan kurang ajar ke tu? *memang*
Saya sangat benci bila kawan-kawan saya mengejek saya, cakap saya ni dah 'gila pink' sampai semua barang pun pink. Dan saya rasa sangat terhina apabila mereka kata warna pink itu adalah warna bab*. Jadi, maknanya korang kata aku ni bab* lah ya? Uic :'( sampai hati gila. Pernah suatu hari, ketika saya sedang berjalan menuju ke surau.. seorang kawan saya yang boleh dikatakan seorang yang jujur datang menegur saya. "Ish! Apasal kau ni minat pink sangat, hah? Semua benda pun pink! Cantik ke pink tu? Benci betul aku tengok" aku diam je. Dalam hati aku rasa sangat terguris. "Eh, bukan aku benci kau, tau.. aku benci kat warna pink je.." sambungnya lagi. Kalau kau benci aku pun tak pe.. i terima dengan hati yang terbuka.
Selepas kejadian itu, saya tidak lagi membeli barang yang berwarna PINK. Kalau adapun, tak banyak. Saya masih teringat kata-kata tajam kawan saya itu.
"SEKALI KAU HINA AKU, SERIBU TAHUN AKU INGAT!" (tapi ini ayat aku. yang aku curik)
Saya seorang bongsu. Saya ada seorang kakak dan seorang abang. Saya pernah mengimpikan seorang adik lelaki dalam hidup saya. Entahlah.. saya pun tak tahu kenapa saya lebih suka adik lelaki daripada adik perempuan. Hari tu saya pergi klinik dengan emak saya. Tiba-tiba saya ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang sangatlah comel. Matanya bulat. Sukanya! Percaya atau tidak saya sudah jatuh suka kepada kanak-kanak comel itu walaupun saya tidak mengenali kanak-kanak itu :)
Kakak harap kakak dapat jumpa dengan adik lagi. Amin :)
Saya seorang gadis yang sangat sensitif. Pantang orang tengking pasti hati saya tersentuh. Saya juga seorang gadis yang suka menangis. Oh, sedikit pembetulan. Bukan menangis untuk suka-suka tetapi menangis bersebab.
Saya sangat tidak suka apabila kawan saya memandang rendah terhadap suara saya. Mereka kata, kalau bab bersembang dengan kawan, kuat pula suara saya. Tapi, bila disuruh lisan atau membaca di khalayak ramai, macam suara semut jea. Eh, tipu ko! Pernah dengar suara semut kaa?
Okey, saya rasa saya sudah puas membebel disini so....
BYE :")
No comments:
Post a Comment