Abang kesayangan.
Seronoknya ada abang kesayangan. Seronoknya ada abang yang selalu ambil berat tentang kita. Seronoknya ada abang yang penyayang. Seronoknya KALAU aku ada abang yang macamtu!!!
Hai, saya seorang bongsu. Saya mempunyai seorang kakak dan seorang abang. *Eh, bukan aku pernah cakap ke??
Saya pernah berangan-angan untuk menjadi anak tunggal. Seronoknya kalau saya jadi anak tunggal. Semua yang saya mintak, mak ayah bagi. Bolehlah saya kumpul teddy bear putih banyak-banyak tanpa perlu berkongsi kasih dengan orang lain.
Tetapi, saya pernah terfikir... kan bosan kalau asyik duduk sorang-sorang tanpa adik-beradik. Jadi... saya pun mula memasang satu lagi angan-angan yang tak mungkin menjadi realiti. Isk.
Saya jealous kalau tengok kawan-kawan saya ada abang yang baik. Apa saja yang diorang cakap, abang diorang akan angguk saja. Supporting gila, kan?
Saya pun ada abang tetapi kami tidaklah terlalu mesra. Dia sibuk dengan hal dia, saya sibuk dengan hal saya.
Saya nak abang yang boleh jadi kawan saya. Boleh jadi pendengar setia saya, boleh jadi penghibur hati saya. Pendek kata, boleh jadi seseorang yang serbaguna untuk saya! Kalau ada orang yang kacau saya, dia boleh muncul sebagai wira yang menyelamatkan saya :")
TETAPI ...
Saya sedar... angan-angan itu sekadar angan-angan mat jenin sahaja. -,-
No comments:
Post a Comment