Apa yang aku rasa.
Agaknya dah berapa tahun dah blog ni tak diupdate. Haih, lepas laptop dah oke, mood pulak yang tak oke. Rasa malas nak update blog. Orang nak main game, dengar top 5. Dulu bukan main, 24 jam menghadap blog ngan fb. Sekarang, nak edit blog pun malas. Malas, malas, malas. Kalau hati dah malas, semua benda pun taknak buat. Itulah yang aku tak suka kalau penyakit malas aku ni datang.
Lepas malas, boring pulak. Boring la.. hari-hari makan ubat. Kalau tak makan ubat, aku kena makan leteran mak aku. Lepastu, kena exercise ikut masa. Boring, boring, boring. Bagi korang, mungkin best. Haih... Malam tadi, kaki kiri aku ni tiba-tiba sakit. Susah aku nak tido. Semalam pergi hospital balik. Nasib baik jumpa nurse yang baik dan peramah.
Kadang-kadang aku rasa bersalah. Bersalah sangat... aku ni macam kacau hidup orang. Merosakkan kebahagiaan orang. Aku just nak kawan. Bukan nak benda lain. Semua kawan-kawan aku sekarang dah ada pasangan masing-masing. I mean, cintalah. Aku? Huh, aku tak kisah itu semua. Bukan aku tak nak. Tentang hati aku, hanya Allah yang tahu. Aku tak mampu nak buang rasa ni... Haih... :"( Kekadang, aku rasa benci dengan cinta. Kerana cinta, kawan-kawan aku macam dah lupa kat aku. Aku tahu dan aku faham. Cinta korang tu lebih penting daripada aku. Oke, aku belajar untuk TAK KISAH :")
Yeay! Bestnya.. minggu depan, kelas kitorang nak buat party. Party untuk hujung tahun. Kitorang dah plan macam-macam. Harap-harap tak adalah apa-apa yang menghalang nanti. Kawan-kawan aku nak buat kuih batik, laksa sarawak, kek coklat dan macam-macam lagilah! Happynya... ^_^
Itu je kot. Bye =)
No comments:
Post a Comment