X-last.

Hari ni ada anjakan... apa tuhh? Umm, tak ingat la. Hish, tumpul betul ingatan. Kena asah sampai tajam yang boleh mencederakan bla.. bla.. bla..

Pengetua bagi ceramah untuk budak PMR. Woi, kau nak PMR la! Sempat lagi nak online?? HISH!
Semalam untuk budak SPM dan STPM. Cikgu pilih nama-nama untuk 'diceramahkan' lepas waktu rehat nanti. Ingatkan aku tak terpilih sebab result wallahualam T.T tetapi, oren tidak semestinya orange, merah tidak semestinya strawberi (Lol. Apa kena mengena.) Nama aku ada dalam senarai. Alhamdulillah.

Sebelum ke dewan kuliah untuk anjakan umm tak ingat, kitorang ada subjek BM. BM tuh subjek memula. Cikgu BM kitorang best sangat sebab kadang-kadang buat lawak. Sebenarnya beliau buat lawak bukan nak bagi budak-budak ingat 'woo, harini mesti cikgu buat lawak lagi' dan esok 'hahah semalam lawak gila cikgu tuh. Mesti harini cikgu buat lawak lagi'. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar hanya inginkan lawak jenaka daripada cikgu. Oke, dah.

Hari ni beliau ajar karangan surat kiriman tidak rasmi. Oke, hantar esok. Lepas taip entry nih aku wat. Fine.
Tajuk dia senang je. Tak yah susah payah kau nak meniru kawan, menyalin karangan dari buku rujukan atau internet.

Jadi, cikgu aku pesan nanti kat bawah sebelah kiri tuh, yang kat bawah sekali tuh, jangan letak x-last. Haa, ni la yang aku nak cerita. Eh, what?? X-LAST. Benda apa tuh?? Hahahaha. X-last tu, 'ikhlas'. Bagi sesiapa yang tak tahu. Macam aku T.T sebenarnya, kalau nak tau, waktu dulu (darjah 4) aku pernah pakai word 'X-Last' nih. Untuk apa? Tulis suratlaa. APAAAA??? WAH NAKAL SUNGGUH BUDAK DEMOK NIH, DAH PANDAI TULIS SURAT YE? HA NI MESTI SURAT CINTA! NGAKU TAK? NGAKU TAK? Eh, no no no no! Bukan surat cinta. Tapi surat untuk akak angkat. Heee. malu nak cakap tapi cakap jelah.
Biasala, zaman tuh aku belum nak maju. Mimpi jelah mak bapak aku nak bagi aku handphone time tuh! Jadi, tulis surat jela yang termampu T.T akak angkat aku dulu tuh darjah 6. Nama dia dah tak ingat dah.

Jadi, disetiap surat yang akak angkat aku titipkan mesti ada letak X-LAST kat bawah dia. 



Ha, lebih kurang camni la. Yang penting ada X-LAST kat hujung dia.

Pernah tanya kawan. Benda apa yang x-last x-last tuh? Kawan pun jawab, TAK LAST. Mean, ini bukan yang terakhir. HAHAHA. See, kawan-kawan pun tak pandai cam aku T.T



Pada tarikh 17 Januari 2013, setelah berumur 15 tahun, baru aku tahu yang...

X-LAST ITU IALAH IKHLAS (EKHLAS)


p/s : Happy birthday, Azah! ^_^

No comments: