Oha haaa. Sungguh di dalam kepala hotak ku tiada secebis idea pun untukku mengepos entry di belog super annoying dan serabai ini T.T dan tetiba pada jam 6:09 petang, kepala hotakku menerima satu
Pagi tadi, benda yang sangat annoying berlaku kepada haku dan kawan(s) ku. Kami bertiga berjalan penuh sopan santun oh, sorry kecuali haku kerana haku berjalan macam orang kawad dan setibanya manusia bertiga ini di kelas, kelas masih sunyi sepi tanpa ada satu cahaya pun dan pastinya menimbulkan rasa seram di lubuk hati kami yang paling dalam.
Haku bersuara dengan tenang. "waaa, kita jadi manusia zaman awal yang tiba di kelas hari nih."
Kawan ku yang seorang itu sudah melangkah masuk ke dalam kelas yang golap golita dan diikuti oleh haku dan seorang lagi kawan.
Baru sahaja haku hendak menekan suis lampu, tetiba ada satu suara seram dan menakutkan ibarat suara ular jumpa katak dan ingin membahamnya (tak pernah dengar pon bunyi camtu).
"Ssssyuzzzzz"
Ah, kira camtula bunyik dia -__________-
"Bhuwaaa!!!"
Serentak dengan itu, satu jeritan 3 lelaki berkumandang di dalam kelas yang golap-golita dan pastinya menakutkan hati kami sebagai seorang perempuan. Apa lagi, menjerit la perempuan 3 orang ni. Paling kuat haku. Waa, haku memang sedikit handal dalam bab menjerit ketakutan nih. Sebab dah selalu sangat practise kalau nampak cicak ;(. Then, bila buka ke suis, pfft. Dorang rupanya -_-
Kawan(s) lelaki aku.
Sigh.
Cis.
TAK GUNA AH KORANG!!!!
Nasibla haku tidak menghidap sakit jantung. Kalau tidak, kalian semua tidak akan membaca entry annoying ini.
Tak guna betul arr. Dorang tiga tuh nak kenakan kitorang jea. Malu la wei, tadi aku cakap waaa, kita jadi manusia zaman awal yang tiba di kelas hari nih. Rosak reputasi wa T.T
Oh, hari ni merupakan hari persaraan pengetua kitorang yang dah _ tahun berkhidmat di sekolah kitorang. Jadi, rasa sedih la sebab haritu kan beliau bagi ceramah kat kitorang. Ada kann, aku cakap kat entry ni. Oh ya, baru ingat nama anjakan tuh. Anjakan saujana -___- kalau haku tidak membelek buku nota comot, sampai kapanpun tidak ingat nama anjakan itu :/
Semoga beliau akan sentiasa maju di masa akan datang dan berada di dalam lindunganNya :')
We will miss you teacher :')
No comments:
Post a Comment