Cabaran 2013

  Assalamualaikum w.b.t. Yeahh, tahun ni memang tahun kedua mencabar dalam hidup aku selepas UPSR. Banyak kerja, aktiviti yang perlu dibuat. Macam kerja kursus. Kerja kursus bukan satu. Ada KHB, Sejarah, PAI. Aku cuba tahan diri untuk tidak mengeluh. Relaks je. Takyah nak stress-stress. Nanti tumbuh jerawat, melayang duit kau nak beli c&c. Hahahaha. Pernah haritu aku stress, bila cikgu suruh hantar latihan hari tuuuu jugak. Dah berkali-kali Ain ngan Aimi pergi mintak keringanan ngan cikgu. At least hantar la esok ke tapi cikgu cakap tak boleh. Nanti ada seekor dua makhluk yang lupa dengan kerjarumah bila dah sampai rumah. Semua dah stress sampai cakap nak daftar nama kat hospital bahagia kat batu tujuh. Kitorang panggil hospital bahagia tuh 'batu tujuh' sebab terletak kat batu tujuh. Aku slalu la g sana. Tapi bukan pergi kat hospital sakit mental eh. Kat klinik Kota Sentosa. Untuk apa?? Check la. Nasib baaaik tahun ni check bulan 3 je. Pheww!

Kalau tak silap, bulan 3 nanti ada program untuk pelajar tingkatan 3. Kem Nyala Cita. Puteri Islam pun ada kem tapi kat tempat lain. Mungkin kat Santubong? Argh! Macam mana aku nak ikut kem lagi?? Santubong tuh jauh. Pastu, mak aku mesti tak izinkan. Penyakit nih nanti menyusahkan orang pulak. Kalau kem tahun lepas bolehla aku ikut sebab aku takde halangan. Tsk :( baru dapat pangkat Puteri kecil & Puteri Bongsu. Kalau nak up lagi, kena masuk kem :(

Tapi, harap sangat dapat masuk kem...


2 comments:

Winnie Mastura said...

amboi belum lagi PMR dah tumbuh jerawat ? hehe jgn risau PMR senang jeh . hhuhu , akak masuk IPTA berlambak tumbuh jerawat ni, huhu

Farah Farhana said...

Hehe. Get ready je ngn jerawat. I hate jerawat. Mencacatkan je. hehe