Selamat Kembali Ke Sekolah


Arghh...! Bestnya bila dah masuk sekolah semula! At least kite tak boring dok rumah dengar radio Hot FM je. Tapi, best jugak tau dengar Hot FM. Bolehlah kite dengar lagu permintaan walaupun lagu 'permintaan' kite tak sempat ditunaikan -,-.

Hari pertama masuk kelas, kite rasa lain macam. Maklumlah dah dua minggu tak tengok kelas. Rindu..

Masa PAI, kite dapat berita gembiraaaaaaaaaaaaaa... sangat! Sebab tu la font kite harini besar gilee.. 

Nak tau apa berita yang GEMBIRA sangat tu?? Hehe.. jeng3... kite dapat A dalam subjek PAI! Weee... akhirnya, sasaran kite mengena! Kite memang harap sangat nak dapat A dalam subjek PAI. :)

Dengan tidak disangka-sangka... pintu kelasku diketuk dari luar .... oleh seseorang ... yang agak ganjil ...
(Suspen tak?? Hahahahah) *Eh, tetibee..

Haha, jangan ingat alien pulak tau! Ketuk nanti ! Haaa... kalau korang nak tau, haritu kite dapat kawan baru lagiii.. Eh, harini hari Khamis tau! Kite tau kite sepatutnya post masa hari Isnin... tapi, kite tak boleh, kite banyak homeworkkk... =(

Kali ni kawan baru kite datang dari jauhhh... Dari mana? Dari Perak... ha, jauh tak.. kat sini negeri Sarawak.

Masa dia masuk tu, kan.. dia jalan sambil masukkan tangan kat dalam poket seluar sambil buat muka selamberr.. eh, jangan percaya sangat tau.. aku bukannya tengok betul2.. haha. Macam nak kontrol hensem je , kan.. hah hah. Sorry ye budak baru, kalau kau baca entry ni. Aku cakap berdasarkan pemerhatian aku. Oh ya, tak sopan pulak kalau aku panggil dia 'budak baru'. Nama dia Muhd Asyraf. Ah, aku tak tau ejaan sebenar dia, aku hantam keromo sajaa.. 

Harini aku geeeramm gilaaa weeehh!! Harini aku benci dekat budak Aman tu! Tapi, ustazah lebih suka panggil dia Uthman Bin Affan. Hoi, jeles laa.. Ni mesti kes susah nak sebut nama ni.. haha.. Nama sebenar si Aman tu Othman. Hesyam pun terima nasib yang sama jugak! Ustazah panggil dia Ehsan. Eh, okey ape nama yang ustazah bagi. Tapi sayang, perangai korang tak secantik nama baru korang --" Eh, aku nak cerita pasal apa sebenarnya ni?? Oh, ya.. pasal kenapa aku benci Aman harini!!

Kalau nak tahu, harini Cikgu Morni suruh kitorang lisan lagi! Kali ni lebih teruk! Kitorang buat lisan secara SPONTAN! Adoiii.. muka macam aku ni nak buat lisan spontan? TOLONGLAH! Ok, bila dipendekkan cerita, tibalah giliran Aman untuk buat lisan. Bila dia tak dapat, cikgu pun bagilah hadiah yang sedap hingga menggigit jari iaitu, rotan! Lepas dirotan, cikgu suruh dia pilih seseorang untuk memanjangkan barisan di hadapan. Selain Aman, banyak lagi budak lain kat depan tu yang tak boleh berlisan! Oh, tolonglah jangan pilih aku!

Aku pun tunduk dengan harapan agar Aman tidak menyebut namaku yang simple ini. CEHH.

"Farah.."

Dan, masa tu aku rasa macam nakk jerit..

TIDAKKKKK!! Wahai OTHMAN! Kenapalah kau ***** sangat pilih aku???!! Tu, hah! Girlfriend kau yang satu tu, macam mana?? Kenapa tak pilih!!???? Eh, kau ni nak mintak penampoo agaknya!! WACHAAAAAA... HAMBEK KAUUU!!

Hisshh..! Geram gila aku.. dengan pelbagai alasan, akhirnya aku terlepas jugak.. Fuhh~ demyu Aman! *hah, kan dah tertaip!

No comments: