Itu Kenangan Lama... Part 1
Assalamualaikum,,, yuyuyu owlll..
Owl.
Hai, kawan-kawan... lama kan saya tak update blog saya... eh, tak. Saya selalu update blog saya. Eh, tak tak.. sometimes..
Jadi, hari ni saya nak cerita dekat korang pasal ....
Kenangan saya dulu-dulu ...
# Masa darjah enam Pt. 1
- Dulu, masa saya darjah enam... boleh tahan pendiam jugak saya... haha.. saya tak pandai nak buat bising macam kawan-kawan saya buat. Tapi, sekarang boleh tahan bising jugak mulut saya. Itupun pada masa yang tertentu. Korang semua nak tahu macam mana saya kawal mulut saya?? Haa.. jeng3
"Mulut jangan bising sangat kalau nak orang hormat"
Ok, saya akan ingat itu bila saya ter'over' bising.
# Masa darjah enam Pt. 2
- Masa ni, kitorang dah habis UPSR. Sangat best, ok! Kitorang rasa macam 'sudah merdeka'! Paling best bila cikgu benarkan kami 'buat kerja sendiri' kat kelas. Weee... hari pertama, cikgu bagi kitorang main mainan macam congkak, chess dan macam-macam lagilah!
Then, bila dah sampai seminggu dua, kitorang pakat nak buat satu permainan iaitu, TING TING.
Pernah main? Best? Bagi aku, tak best sebab tak minat. Aku tak suka la main lompat-lompat ni. Nanti aku lompat sekali, tak pasal-pasal dunia ni bergegar.. hahah! Eh, beratnya aku?
So, kitorang pun buat petak ting ting ni guna kapur putih yang selalu cikgu guna tok menulis kat papan hitam tuu.. nak aku tunjuk gambar jugak keee???
Bila dah siap, dia akan jadi macam kat gambar atas tu.. then, kitorang guna pemadam untuk di jadikan 'penanda'. Oh, sebenarnya aku tak tau apa orang sebut benda yang orang guna untuk baling2 tu.. hehe.. blur ke?
Suka punya suka, main punya main... HAAAHHHH... tiba-tiba..
Cikgu sains kitorang, cikgu Shalihen datang sambil bercekak pinggang..
Kawan-kawan aku yang tadi bermain bersuka ria bagai tak ingat di mana dia berada pun terkaku. Yang ketawa berdekah-dekah pun bagaikan terkunci mulutnya..
"Padam balik!!!"
Hadoi... apa boleh buat? Kitorang terpaksa padam balik ting ting tadi... ='( saat sedih yang perlu aku catat di sini.. *eh, aku guna 'aku' pulak??!
Tapi, lepas tu kitorang buat balik.. haha!!! Nakal, tak??
Oh, ok... aku terpaksa berhenti di sini.. jumpa lagi okkkeee..??
No comments:
Post a Comment