Dugaan buatku ...


Semalam aku menerima satu kenyataan yang sukar untukku terima masuk ke dalam kepala hotak aku ni. SUKAR !

Lalu hati sensitifku berbisik. "Ini satu dugaan dunia buat kau. Banyak lagi hamba Allah yang diberi dugaan. Malah ada yang di duga dengan lebih berat lagi. Sedangkan kau, dugaan kau ni bukannya berat mana pun. Tak sampai 2 g agaknya. Kau... kau kena ingat... setiap yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. Jadi, harus pejam mata dan cuba apa sajaa*cintamukabuku."

Air mataku tidak putus-putus mengalir. Kadang-kadang aku terpaksa senyum untuk menceriakan hari-hariku. Seumur hidupku ini, selama 14 tahun ini, aku tidak pernah mendengar perkataan SERAM itu. Ya, seram sekali bagi gadis lemah (bukan tak bertulang) macam aku ni.

Nanti, bila sekolah dibuka, aku ingin berubah. Berubah menjadi seorang manusia yang serius. Namun, aku pasti. Ia hanya angan-angan semata. Muka macam aku ni, boleh ke jadi manusia yang macam tu. Padahal aku, sehari tak buat kawan aku gelak, memang tak sah! Bukan warganegara Malaysia namanya kalau aku tak buat macam tu! 

Tahun depan, aku nak PMR. The last PMR. Aku berdoa.. mudah-mudahan Allah membantu aku. Aku tidak mahu mengharapkan pertolongan manusia. Bukan tidak mahu... tetapi, ah.. aku tahu tiada sesiapa pun yang bisa membantuku saat ini melainkan Dia Yang Maha Esa.

Aku mahu fokus untuk sains dan matematik walaupun aku tahu, otak aku bukanlah otak sains macam Ain dan otak matematik macam Aimi, hati aku bukannya 'ngam' sangat dengan kedua-dua subjek itu. Tapi aku percaya... Kalau aku berusaha, pasti aku akan mendapat hasilnya. Kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

Macam manalah nasib aku kat sekolah nanti. Kalau tiba-tiba sakit aku datang... kan menyusahkan kawan-kawan dan cikgu-cikgu? Sedangkan kat rumah ni pun aku dah menyusahkan famili aku. 

Pada suatu malam... aku sedang baring di atas katil di dalam bilik. Apa lagi kerjanya kalau tak melamun. Tiba-tiba.... TING! Aku terfikir sesuatu. Sambil itu, aku menangis jap... :"(((


Okey, aku kembali berfikir...

*******

Aku ni, baik ke??

Jawapannya : TIDAK !

Aku tau aku ni tak berapa baik sangat. Tapi, kadang-kadang tu, baiklah jugak aku rasa. Ceh, memuji diri:p. 

Aku ni, solehah takkk??

Jawapannya : TIDAK !

Sekarang ni, aku teringin nak pakai tudung labuh tapi... aku rasa ada sedikit kekurangan pada diri aku. Well, semua orang pun ada kekurangan. Apa nak dihairankan? I think... aku ni tak seberapa solehah. Aku jeles tau... tengok pempuan yang pakai benda-benda yang labuh gitu. Lebih-lebih lagi yang pakai purdah. Bagi aku, semua itu boleh buat mata aku jadi sejuk. Kata orang, sejuk mata memandang. Kalau dulu aku okey je tengok wanita Islam yang tak bertudung tapi, sekarang tak lagi. Ia perubahan yang positif, bukan? *Sorry, kalau ada sesiapa yang terasa*

Dan, akhirnya aku tersenyum. Senyuman yang mungkin tak manis tapi, aku harap senyumanku itu adalah senyuman ikhlas dan.... aku harap aku bersedia menjadi seorang MUSLIMAH SOLEHAH. InsyaAllah....

No comments: