Cuti Sekolah ...


Setiap kali cuti sekolah, sayalah manusia yang paling hepi sekali. Siap melompat di atas meja sambil menjerit ..

YEAY! SAYE SAYANG SEKOLAH SEBAB BAIK HATI BAGI SAYE CUTI. SAYE SUKE SANGAT!

Oh, tidak.. saya tidak segangster itu. Saya ni boleh dikatogerikan sebagai 'kanak-kanak' yang shy shy cat dekat sekolah. Dekat rumah, tak payah tanya... memang jauh bezanya. Tak taulah kenapa saya boleh jadi sopan pulak dekat sekolah.

Sebelum cuti, saya dah plan dengan kengkawan, masa cuti nanti jangan lupa pergi ke kilang novel... (library)
Tapi, malang tidak berbau .. kilang novel tu TUTUP.

Oh.. TIDAKKKKKK !!

Jadi, bila plan dah batal, destinasi seterusnya ialah rumah saya.

* * * * * * * * * 

Harini saya bosan sangat. Jadi saya on my laptop.. oh oh.. sorry saya terikut oh my english pula.. okey, pembetulan.. saya turn on my laptop lepas tu saya berfesbuk kejap. Boring.. orang taknak like status saya. Saya delete balik. Saya p selongkar status kawan saya dan ! Saya terjumpa satu application yang agak best jugak la..

Photo: Apakah sikap BAKAL JODOH anda? Lihat jawapannya di sini...
https://www.facebook.com/panduanislam?sk=app_218611981590248

Lihatlah betapa bertuahnya nasib saya... hehe. Kalau betul, alangkah beruntung nyer hakuu..


* * * * * * * * *


Kawan saya ada blog, tapi tak boleh bukak lagi. So, saya pun menghulurkan tangan, memberi bantuan.. eh, kenapa saya tiba-tiba boleh jadi baik pula hari ni? Oh, mungkin kerana perkataan BOSAN ni sedang menari-nari di tubir mata.

Dan, hasilnya.. ini..




^_^Y

No comments: