14.4.2012 (Radicular Pain)

Pada 14 . 4 . 2012

Bermulanya episod yang menyedihkan dalam hidup aku... Jadilah aku sebagai BSK (Budak Sakit Kaki or Hati). Sakitnya... uihhh.. hanya ALLAH yang tahu.

Boring tak.. kalau hari-hari kena makan ubat. Tak sedap pulak tuh. Kat entry ni aku nak share sikit pasal benda baru yang aku jumpa selepas aku dapat radicular pain ni.


Kad Fisioterapi. Perasan tak. Ada orang sama nama.. 


Kad klinik ortopedik.


Musuh ketat aku.


Haritu aku pegi scan. Bila aku masuk je bilik MRI. OwEmJieh. Terkejut gila aku tengok alat dia! Huiii.. Tiba-tiba aku rasa seram...

Macam keranda je.. erh -__-

Doktor tu tanya. "Takut ke?"

"Eh, taklah!" sumpah, aku takut giler. Tapi, takkanlah nak mengaku depan doktor tu kot. Nanti tak pasal-pasal doktor gelakkan aku. HISH.

Yelah. Ini first time aku scan. mana taknya aku takut.

-____-

Tapi, yang bestnya aku hanya perlu baring tanpa bergerak kat dalam tu. Rileks je. Tak lama aku kat dalam tu. Setengah jam je. Tapi, hm.. lama jugaklah. Macam-macam bunyi yang aku dengar. Bunyi orang buat rumah, bunyi drums, lagu awan nano. Eh, eh.. tak logiknya.. Sebelum aku ditolak masuk kat dalam tu, doktor bagi aku benda yang macam headphones tu. Untuk tutup telinga. Takkan tutup mata pulak. Tapi benda tu memang benar-benar useless.


Yang ni bentuk-bentuk senaman yang perlu aku buat. Tapi, aku buat macam ikut mood je. Tu yang buat mak aku bengang giler kat aku. Siap ugut nak hantar aku masuk wad terus.

Ada satu jenis senaman tuh. Yang letak bantal kat bawah perut. Uwekkk... benda tulah yang paling aku tak suka. Rasa macam nak terkeluar semua isi perut aku. First time aku buat tuh, aku rasa pening-pening. Lepastu rasa nak muntah. Aku nak bagitau doctor tuh tapi, tak jadilah. nanti dia tanya. "Eh, kenapa rasa nak muntah plak?". Hah. Tapi, akak ngan sepupu aku ada try jugak exercise tuh. Yelah, nak tau jugak, kenapa aku ni tak suka exercise. Tapi, dorang tuh, takde pulak rasa nak muntah ke apa. Ait? Pelik bin Ajaib.

-____________-







No comments: